Kebanyakan penduduk di Kampung Ulutuae Desa Maria di Daerah
Bone, Sulawesi Selatan mempunyai kecacatan yang sama iaitu memiliki hanya tiga
jari.
Bagi seseorang yang normal, mereka memiliki lima
jari bagi setiap belah tangan dan kaki.
Difahamkan, hampir kesemua penduduk kampung itu mempunyai
tiga jari, tidak kira jari kaki atau jari tangan dan keganjilan itu dialami
oleh golongan muda dan tua.
Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Umbang berkata,
kelainan fizikal yang dimilikinya itu sudah berlaku sejak turun temurun lagi
dan dia pasrah dengan apa yang diwarisi daripada nenek moyangnya.
"Kecacatan ini disebabkan faktor keturunan tetapi ada
juga yang lahir dalam keadaan normal," katanya.
0 komentar:
Posting Komentar